KENYATAAN MEDIA

PENGEMBALIAN SEMULA STATUS PENGECUALIAN CUKAI HLWE


Kami merujuk kepada laporan media baru-baru ini yang menyatakan bahawa pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah memulihkan status pengecualian cukai Hospital Lam Wah Ee (HLWE) pada bulan April 2021. Lembaga Pengarah
HLWE ingin menegaskan bahawa status yang diluluskan kini adalah amat berbeza dengan status asal pengecualian cukai sepenuh yang dimansuhkan pada 10 Jun 2020.

 

Status pengecualian cukai HLWE yang diluluskan oleh MOF melalui surat bertarikh 7hb April 2021 hanya terhad kepada derma pihak awam kepada tabung kebajikan BARU yang ditubuhkan mengikut garis panduan baru pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

 

Dermaan kepada tabung kebajikan ini hanya boleh digunakan untuk pengurangan bayaran perubatan bagi pesakit-pesakit yang layak selepas disemak. Manakala status pengecualian cukai asal merangkumi pendapatan dan aspek-aspek yang lebih menyeluruh.

 

HLWE merupakan sebuah hospital kebajikan swasta tanpa laba yang bersejarah di Pulau Pinang. Hospital ini menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dengan harga berpatutan kepada pihak awam. Oleh yang demikian, status pengecualian cukai HLWE yang asal dilulus adalah merangkumi
pendapatan-pendapatan seperti berikut:

a. Lebihan yang dijana daripada perkhidmatan perubatan;
b. Pendapatan lain seperti pendapatan sewa dan pendaptan faedah;
c. Dermaan atau sumbangan daripada pihak awam untuk tujuan pembangunan, perubatan atau kebajikan pesakit.

 

Dukacitanya, status pengecualian cukai yang tersebut di atas bukan hanya dimansuhkan pada bulan Jun 2020, tetapi retrospektif ke tahun 2016. Malahan, pihak hospital juga diarah untuk membayar cukai bagi tahun taksiran asas dan juga penalti bayaran lewat dengan serta-merta. Pihak hospital telah mengemukakan rayuan kepada MOF pada tahun lepas tetapi masih belum menerima apa-apa balasan setakat ini.

Sebagai sebuah hospital kebajikan tanpa laba, HLWE cuba memberkati golongan yang kurang upaya dengan mengenakan bayaran wad katil umum dan caj pesakit luar yang rendah.

 

Wad katil umum adalah RM30 sehari (termasuk 5 kali makanan harian dan penjagaan kejururawatan), manakala kos doktor pakar juga diberi diskaun 25%-40%. Subsidi yang diperlukan untuk menampung kos katil umum adalah melebihi RM15 juta setahun. Selain daripada itu, subsidi caj pesakit luar adalah sebanyak RM10 juta setahun. Keperluan subsidi sebanyak RM25 juta setahun ini ditanggung dengan dermaan awam (lebih kurang RM2 juta setahun) dan subsidi silang (cross subsidy) daripada lebihan yang dijana daripada katil kelas 1 dan kelas 2 setiap tahun.

 

Berikutan dengan pemansuhan status asal pengecualian cukai sepenuh, dan diganti dengan status pengecualian baru yang hanya terhad kepada dermaan kepada tabung kebajikan, semua pendapatan dan dermaan daripada pihak awam (selain daripada dermaan kepada tabung kebajikan yang baru) akan tertakluk kepada cukai pendapatan pada kadar 24%. Ini akan menjejas aliran tunai hospital dan membebankan tabung kewangan hospital.

 

Pihak lembaga pengarah akan berurus dengan MOF dan LHDN untuk menubuhkan tabung kebajikan yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, kami juga terus merayu supaya status asal pengecualian cukai sepenuh dapat dipulihkan secepat mungkin. 

 

Untuk maklumat awam sekalian, sementara menunggu garis panduan terperinci daripada pihak MOF untuk penubuhan tabung kebajikan yang baru, pihak hospital amat kesal kerana tidak dapat mengeluarkan resit pengecualian cukai kepada semua dermaan yang diterima. Juga dermaan atau sumbangan awam yang bukan untuk tabung kebajikan juga tidak layak menerima resit pengecualian cukai.

 

Untuk kebajikan orang awam secara umumnya, kami menyeru supaya pihak MOF dapat meneliti rayuan kami dan memulihkan status pengecualian cukai sepenuhnya bagi semua punca pendapatan HLWE secepat mungkin. Kami juga mengalu-alukan sumbangan dari pihak awam bagi menangani situasi kewangan yang sengit ini.

 



Version English || 华语版

Sign up for Newsletter

CONTACT

OUR LOCATION
No. 141, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong, 11600, Pulau Pinang, Malaysia
+604 - 652 8888